About Me

My photo
Kadang kala suka bersendirian, suka berangan dan suka berfikir segala kemungkinan. Saya juga ingin memohon maaf terlebih dahulu sekiranya ada diantara coretan disini ada menganggu perasaan pembaca-pembaca. Sekian.

Saturday, November 28, 2009

Jerawat OH Jerawat



Mungkin aku stress kot.. jerawat pun mula menjalar dimuka ku.. uwaaaaaaaaaaaaaaa sedies sungguh 3 4 bulan kebelakangkan nie laaa dulu takde.. mungkin juga faktor metobolisme kot.. terima jelah.. yang penting aku kena cari ubat untuk mencegahnya secepat mungkin....

Perkahwinan Yang Bahagia




Alangkah indah nyer kalau kita lihat foto diatas..
Perkahwinan bersama pasangan yang dicintai, perkahwinan yang direstui, dan diberkati Allah s.w.t. Aku mendokan yang terbaik untuk diriku dan permudahkan segalanya ya Allah.

Amin...

Sikap Kepura-Puraan


Apa itu sikap kepura-puraan bagi aku.. atau hipokrit ke...atau secara lebih sopan...berlakon atau berpura-pura...untuk satu watak yang agak mencabar dalam hidup ini. Bagi aku kita tak perlu berpura-pura......tunjukkan diri sebenar atau perasaan sebenar...buat sakit hati, merana diri atau saja-saja untuk takut dikata orang. Ibarat lilin yang menerangi orang lain sedangkan diri sendiri sakit dan mencair.. takkan menyusahkan, menambahkan sakit didalam hati, merintih. Kebanyakkan orang dalam aspek yang berbeza aku lihat kebanyakkan begitu walaupun tak semua menipulah kalau kata takda langsung....Kita boleh nampak dari riak wajah mereka. Jangan terlalu ego, sekiranya kita lemah atau tidak mampu mengaku dan berkata benarlah, sekiranya berbuat salah juga begitu. Kita lebih tenang sekiranya kita telah jujur pada diri kita sendiri barulah orang lain yang mendengar pengakuan iklas kita itu. Lu pikir la sendiri bak kata nabilll ..

selamat hari raya aidiladha






Ermmm hari nie hari raya aidiladha.....cam biasa la.....pagi -pagi lepas solat raya, upacara penyembelihan ibadah korban dilaksanakan. kaum2 lelaki ader yang membantu memotong daging dan juga kerja-kerja pengagihan. aku kaum pompuan apa lagi.. dok umah je lah tgk.. tv...pastu daging korban pun..sampai.. kami masak then makan.. malam laks tgk tv takde per yang menarik pun selain cuti begini dimanfaatkan berkumpul bersama keluarga tercinta..

sekian

Monday, November 16, 2009

Outstation 3

Emmm.... 3 hari 2 malam... dah nak balik wehaa......

Seronoknya...dah abis keje bleh balik. Petang semalam aku bertolak pulang best betoi. Rindu nak balik umah...Naik feri punyalah mengentok giler..terlentuk liuk aku. Pastu naik kete sambung lagi tido maklumlah bukan aku yang memandu ada driver ahaks...tak tahan rasanya mana tak 3 hari2 malam jaga kursus. Pagi 2 dah kena bangun. Ada senaman pagi. Kursus katakan mestilah penuh dengan aktiviti...aduhai....

oklah.. chiows....

Saturday, November 14, 2009

Outstation 2

Warghhhh!!!!

Ni yang aku malas nie, lepak je dalam bilik hotel bukannya ader apa yang best sangat. Yang pelik dan tak suka tu bila dah berkumpul dan berbual ramai-ramai mulalah ader yang sakit hati. Aku juga pelik dengan perangai-perangai manusia nie, kenapa orang macam aku nie selalu je memahami isi hati dan perasaan orang lain sedangkan orang lain bercakap besar seolah-oleh diri mereka sempurna dan tiada cacat celanya. Mungkin itu sebabnya aku susah dapat kawan. Yelah...katakan contoh si A nie bercerita lah kat aku tentang masalah rumahtangga dia ker kerja dia ker, aku boleh menjadi pendengar yang setia dan sekali sekala menyampuk ..emmm ok -ok yelah...aku paham kan sudah cukup menenangkan perasaan kawan kita tu.. nie tak... Biler time aku pulak nak berkongsi hal pasal keje ke pasal apa-apa ker..diorang menyalahkan kita pula...apekeheynyer ewah.. cakap perak ...plaks... tu la pasall.. tension la macam nie. Susah nak cari best friend yang dapat berkongsi masalah suka duka dengan kita. emmm kebanyakkan nyerlah hanya bila nak beseronok je dekat-dekat ngan kita..sungguh bosan...

Nanti aku sambung lagi citer luahan perasaan pasal kawan-kawan nie... mandi dulu nak masuk class..bye...:D

Friday, November 13, 2009

Outstation 1

Hari nie hari aku outstation. Jaga kursus. Mengantok giler. Huargh..... nampak sangat. Takde apa-apa yang menarik. Kali nie aku ditugaskan di sebuah pulau di perak. Jaga budak-budak kursus. Melalui kursus yang sama cuma tempat je yang berlainan. Em...taktaula ada setengah-setengah rakan setugas aku begitu teruja untuk keje luar sedangkan aku dah naik jemu. Oleh kerana dek tugas dan dapat elaun sedikit sebanyak. Aku pun follow je. Boleh juga menambahkan duit poket aku juga. :D. Untuk kali nie...belum ader yang nenarik lagi..takpe...sabar sikit hari lagi mungkin ader yang menarik tak lama lagie.....

papai....

Wednesday, November 11, 2009

Kerja Dahulu Atau Belajar Dahulu

Ada setengah-setengah orang berpendapat kerja dahulu baru belajar, tak kurang juga ada yang berpendapat belajar dahulu baru kerja. Tapi kalau individu itu datang nya dari keluarga yang susah bukankah dia harus bekerja dahulu barulah belajar. Sebabnya dia tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan nya belajar walaupun ada biasiswa dari kerajaan bagi mereka yang cemerlang dalam pelajarannya. Pelik juga ada yang berpendapat belajar dahulu baru kerja tetapi mereka harus faham sekiranya tidak mampu tiada cara lain yang dapat dilakukan bagi menyara perbelanjaan pembelajarannya dengan mencari duit lebih atau buat kerja sambilan disamping belajar pada waktu yang dapat diagihkan mengikut keselesaan masing -masing. Seperti belajar di siang hari bekerja dimalam hari atau belajar dimalam hari dan bekerja disiang hari. Tidak menjadi halangan sekiranya individu mahu belajar dan terus berusaha yang penting ada keinginan ada kesungguhan dan niat yang baik pasti berjaya. Banyak juga yang telah berjaya berdasarkan pengalaman dari rakan-rakan tetapi saya tiada bukti untuk ditunjukkan disini. Belajar dulu baru kerja saya rasa itu adalah yang paling baik kerana apabila kita sudah mula pegang duit kita akan rasa untuk malas belajar oleh kerana leka dek dunia pekerjaan yang sudah menjaminkan wang ringgit walaupun bukan masa depan. Bagi yang datang dari keluarga senang atau golongan sederhana belajar lah selagi ada ibu bapa, abang atau kakak yang mahu menyara kos perbelanjaan anda semua kerana masa depan dan peluang untuk anda senang dan berjaya dalam hidup lebih terjamin. Kesimpulannya manusia kena faham keadaan manusia lain yang kemampuan berbeza-beza sebelum memberi pandangan atau cemuhan yang akan menyebabkan keretakan antara hubungan dan saling menyalahkan antara satu dengan yang lain.

Wallahualam.....

Kamar


Di kamar yang sepi ini.....

Tiap malam makin sunyi....

Sungguhpun bunyi cengkerik seakan-akan melaungkan kemerdekaan...

Dan.....bintang-bintang dilangit yang bertaburan mengindahkan malam ini

Aku.... disudut kamar keseorangan menanti..
Bila mataku akan terlelap sendiri..

Aku mengingati masa-masa silamku,
Kadang aku tersenyum,
kadang juga aku rindu detik dulu,
tanpa kusedari dan akhirnya tertelap
dan esok harinya timbul hari yang baru buatku....

Pantun Sedar Diri

Aku pakai helmet barai
Ko pakai helmet arai
Ko tokey roti canai
Aku keje jadi pencacai