About Me

My photo
Kadang kala suka bersendirian, suka berangan dan suka berfikir segala kemungkinan. Saya juga ingin memohon maaf terlebih dahulu sekiranya ada diantara coretan disini ada menganggu perasaan pembaca-pembaca. Sekian.

Wednesday, November 11, 2009

Kerja Dahulu Atau Belajar Dahulu

Ada setengah-setengah orang berpendapat kerja dahulu baru belajar, tak kurang juga ada yang berpendapat belajar dahulu baru kerja. Tapi kalau individu itu datang nya dari keluarga yang susah bukankah dia harus bekerja dahulu barulah belajar. Sebabnya dia tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan nya belajar walaupun ada biasiswa dari kerajaan bagi mereka yang cemerlang dalam pelajarannya. Pelik juga ada yang berpendapat belajar dahulu baru kerja tetapi mereka harus faham sekiranya tidak mampu tiada cara lain yang dapat dilakukan bagi menyara perbelanjaan pembelajarannya dengan mencari duit lebih atau buat kerja sambilan disamping belajar pada waktu yang dapat diagihkan mengikut keselesaan masing -masing. Seperti belajar di siang hari bekerja dimalam hari atau belajar dimalam hari dan bekerja disiang hari. Tidak menjadi halangan sekiranya individu mahu belajar dan terus berusaha yang penting ada keinginan ada kesungguhan dan niat yang baik pasti berjaya. Banyak juga yang telah berjaya berdasarkan pengalaman dari rakan-rakan tetapi saya tiada bukti untuk ditunjukkan disini. Belajar dulu baru kerja saya rasa itu adalah yang paling baik kerana apabila kita sudah mula pegang duit kita akan rasa untuk malas belajar oleh kerana leka dek dunia pekerjaan yang sudah menjaminkan wang ringgit walaupun bukan masa depan. Bagi yang datang dari keluarga senang atau golongan sederhana belajar lah selagi ada ibu bapa, abang atau kakak yang mahu menyara kos perbelanjaan anda semua kerana masa depan dan peluang untuk anda senang dan berjaya dalam hidup lebih terjamin. Kesimpulannya manusia kena faham keadaan manusia lain yang kemampuan berbeza-beza sebelum memberi pandangan atau cemuhan yang akan menyebabkan keretakan antara hubungan dan saling menyalahkan antara satu dengan yang lain.

Wallahualam.....

No comments:

Post a Comment